Sunday, September 9, 2012

Membina kerjaya

Setakat ni, aku masih lagi bergelar seorang pembantu penyelidik kat UKM ni..
Aku ada lah apply mane2x kerja swasta & Gov. Tapi setakat ni x de pun panggilan untuk yg swasta. Yg ada aku pergi exam utk Kastam & PTD. Utk kastam aku telah dipanggil interview. Setelah pergi 3 sesi exam, CAC & interview..aku telah disahkan gagal. Punye lh sedey aku rase,keciwa sguh..
Selasa ni, 11 september aku dipanggil untuk CAC PTD, aku dah malas nk bg harapan la..susah betul nk dpt gomen nih.
Sebenarnya aku da bosan la jd RA nih...tapi actually keje ni sgt la mudah, & dpt la gaji ckup mkn. Alhamdulillah.
Apepun skrg da bulan 9 aku daa kena cri kerja btul2x ni, sebab kontrak aku akan tamat bulan 12 nanti..

Wednesday, January 18, 2012

pepagi lagi...

Di saat ini aku merasa terkilan. Bahkan, aku tertanya; adakah cintaku ini berharga buatmu? jika ya, mengapa aku x merasa sebegitu. kau seringkali cuba mengelakkan diri. mungkin saja aku bukan seorang yang layak menerima cinta. seringkali aku menangis sendiri. air mata ku ini tidak dapat kutahan lagi. di saat aku merasa perit, sering saja aku terpaksa hadapinya sendiri. aku letih. letih hadapi semua ini. letih untuk meraih simpatimu lagi. letih menagih janji darimu.

aishh..nak tukar mood lah pulak. hmmm. nape aku sakit dada je ni. adui da tua ke badan ni. kalu ajal aku da sampai, aku redha..huhu. semoga org disekeliling aku bahagia selalu.

Thursday, September 15, 2011

resah sang hati..

wujud kah cinta muka buku?
persoalan itu, huhu berat juga.
buaya darat je kot yg byk kt FB.
haha mmg x disangka.
tapi ramai yg dah jadi mangsanye.

mungkinkah itu takdir yg telah menemukan mereka?
terpulang kepada individu yg terlibat ..
sejauh mana keihklasan mereka?
mungkin hanya di bibir, ade ke yg mmg dlm hati yg tulus.
sukar ditafsir, sukar dijangka.

di mana letaknya nilai kesetiaan?
sebuah pengorbanan yang dipersiakan
pabila niat suci nya digomol oleh sang bedebah
si durjana hanya mempermainkan suci sekeping hati
hati yang mengharap kasih tulus


namun..
mengerti lah wahai hati.
dunia ini tak mungkin seindah mimpi
dunia ini sukar dimengerti
dunia ini hanya duniawi

Sunday, August 7, 2011

kenapa cinta itu perit?



aku penat bercinta. mungkin sebab aku x layak bercinta. haha cita-cita pun aku x ada. hidup ku tanpa arah tuju. macam jadi zombie je rasenyer. aku nak kejar bahagia, tapi x tau di mana nak ku dapatkannya. mungkinkah aku dah tinggalkan kebahagiaanku yg sebenarnya ada pada dia. aku x tahu, aku x pasti. sukarnya nak buat pilihan, buat keputusan. sebenarnya dalam hidup ni, aku x mahu sakitkan hati sesiapa. tapi aku dah lukakan hati dia, dalam masa yang sama hati aku pun terluka. kenapa sukar untukku melupakannya. x tau apa lagi yang perlu ku buat untuk menyembuhkan luka itu. doa. ya itu mungkin ubatnya.

Wednesday, August 3, 2011

Cinta, mungkin kau x percaya


cinta dan hati x mungkin berpisah,
walau kau dah benci dia,
walau kau dah x tahan ditipu,
walau kau x tahan dikecewa,
walau kau x sanggup lagi terluka,

masih ada cinta lain,
cintai keluarga,
cintai sahabat,
cintai alam,
cinta terHebat,
cintai Tuhan yg menciptamu,

selagi kau mempunyai hati
selagi kau bergelar insan
jangan kau halang hati daripada cinta
itu haknya
jgn kau tidakkannya

santapan hati adalah kasih
jangan kau biar hatimu lapar
bukalah hatimu
biar ada insan yang bisa menyemai benih cinta

namun cinta tidak boleh dipaksa
cinta juga boleh berubah
kau harus redha
tika cinta itu bukan untukmu


Sunday, June 26, 2011

biar berlalu~

Terima kasih

Kerana memberiku peluang merasa kasihmu

Walau hanya sekejap jua

Akan kupatri semua memori

Mungkin bagi kau kisah itu tiada erti

Namun bagiku kenangan bersamamu

Itulah segala-galanya

Wahai hati

Marilah kita pergi

Usah ditangis pada yang x sudi

Kasih ini tiada yang peduli lagi

Hanya perit bergelumang duka

Air mata turunlah kau

Setelah bergenang dikelopak ini

Kau basahi pipiku untuk memadam memori lalu

Aku tega

Aku redha