Terima kasih
Kerana memberiku peluang merasa kasihmu
Walau hanya sekejap jua
Akan kupatri semua memori
Mungkin bagi kau kisah itu tiada erti
Namun bagiku kenangan bersamamu
Itulah segala-galanya
Wahai hati
Marilah kita pergi
Usah ditangis pada yang x sudi
Kasih ini tiada yang peduli lagi
Hanya perit bergelumang duka
Air mata turunlah kau
Setelah bergenang dikelopak ini
Kau basahi pipiku untuk memadam memori lalu
Aku tega
Aku redha
No comments:
Post a Comment