Monday, April 11, 2011

keretapiku..




setelah menunggu lama, akhirnya keretapiku sampai juga.
ketika ia tiba, aku semacam pasti ianya memang keretapi yang kutunggu selama ini.
aku terus menaikinya, meninggalkan bagasi ku di landasan.

aku seakan hanyut di dalamnya.
ia sungguh indah, memberikan sinar bahagia buatku.
namun, ia tidak kekal.
sesekali ada ribut melanda.
membuat aku takut, sangsi dengan kemampuan keretapi ini untuk membawa aku ke destinasiku..
ya, baru kuingat bahawa aku telah terlupa..lupa samada keretapi ini menuju ke arah destinasi yang aku ingin tuju. mungkinkah aku telah tersalah keretapi?
aku takut. aku keliru.
dimana aku boleh bertanya?
pada siapa harus kusoal?
wahai keretapi, kemana kau bawaku pergi?
Tolong beri jawapan yang pasti.
Tolonglah, aku tidak mahu sesat lagi.
Sebenarnya soalan itu hanya bermain di benak fikiranku.
Kerna aku x cukup berani untuk melontarkan soalan itu.
Mungkin, kerna aku x sanggup terima kenyataan jika keretapi ini telah membawaku ke arah yang lain.
aku x mahu keluar dari keretapi ini.
aku merasa gembira disini. tapi, gembira saja cukupkah?
bagaimana dengan destinasi yang kutuju.
wahai keretapi, tolonglah aku.
jangan biar aku terus keliru.
jangan biar aku terus dikaburi dengan kegembiraan yang palsu.
kiranya destinasimu itu bukan arah yang kutuju.
Tolonglah berhenti, agar bisa aku kembali ke landasan untuk menaiki keretapiku yang sepatutnya..
tolong beri jawapan wahai keretapiku.
jangan kau butakan mataku dengan kebahagian yang palsu ini.
aku x mahu kecewa lagi.

No comments:

Post a Comment